Misi dan Visi Syarikat

Misi

Untuk mengeluarkan produk berkualiti tinggi dari segi bahan mentah, cara pembuatan, pembungkusan dan rasa yang sedap hingga sampai ke pengguna akhir dengan menitikberatkan soal kebersihan, kesucian, halal, selamat dan efisien.

Visi

Untuk menggajak semua orang Islam, bangsa Melayu khususnya agar berusaha bukan sahaja menggunakan produk Halalan Toiyiba keluaran bumiputera malah turut sama  dalam industri pembuatannya. Ini bagi memastikan bahawa hanya produk yang Halalan Toiyiba sahaja yang sampai ke tangan orang Islam di negara ini. Untuk  menyebarkan  kepada  semua  lapisan masyarakat tanpa  mengira latar  belakang  agama  dan  kaum  betapa pentingnya  menggunakan  produk  makanan  yang bersih, suci, halal dan berkhasiat. Ini kerana produk yang suci dan halal mempunyai kebaikan yang lebih selamat dan lebih bagus.